Tampilkan postingan dengan label manfaat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label manfaat. Tampilkan semua postingan

Jumat, 05 Februari 2016

Kegunaan Memelihara Ikan Guppy Serta Ciri Fisiknya


https://www.google.co.id

Tidak seperti ikan laga, ikan gupi ini lebih tampak lebih kecil tetapi keunikan ikan kecil molek ini lebih menarik perhatian buat mereka yang meminati ikan seperti ini.

Nama ilmiah ikan ini.
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) atau juga dikenali sebagai (Ikan seribu ) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dianggap sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan, arowana. Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan kepulauan Caribbea.

Kenapa mesti ikan gupi??
Selain bentuk badan, ekornya yang cantik, Ikan gupi ini pada mulanya telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamuk terutamanya nyamuk Aedes. Nampaknya selain kita taruh ikan ini di akuarium, boleh taruh di kolam-kolam.

Ciri-ciri khas.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai corak atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah, atau hitam (saiznya diantara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiznya diantara 2-7 cm). Ikan Gupi jika ditaruh dalam keadaan kualiti air kurang baik beserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteri merupakan salah satu puncak kematian ikan gupi.