https://www.google.co.id |
Tidak seperti ikan laga, ikan gupi ini
lebih tampak lebih kecil tetapi keunikan ikan kecil molek ini lebih
menarik perhatian buat mereka yang meminati ikan seperti ini.
Nama ilmiah ikan ini.
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) atau juga dikenali sebagai (Ikan seribu ) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dianggap
sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan,
arowana. Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan
kepulauan Caribbea.
Kenapa mesti ikan gupi??
Selain bentuk badan, ekornya yang
cantik, Ikan gupi ini pada mulanya telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamuk terutamanya nyamuk Aedes. Nampaknya
selain kita taruh ikan ini di akuarium, boleh taruh di kolam-kolam.
Ciri-ciri khas.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai corak
atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah, atau hitam
(saiznya diantara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiznya
diantara 2-7 cm). Ikan Gupi jika ditaruh dalam keadaan kualiti air kurang
baik beserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan
mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteri
merupakan salah satu puncak kematian ikan gupi.
media support and sponsored:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar