http://4.bp.blogspot.com - Assorted Guppy |
http://1.bp.blogspot.com - Contoh Ikan Guppy yang berwarna warni |
Rasanya semua orang tahu tentang ikan ini. Masa kecil-kecil dulu ikan ini ditangkap dalam parit saja guna tangguk ke, sauk ke, tudung saji ke, pongkes ke, apa-apa la yang boleh buat ikan naik. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan "rambo" atau ikan "rainbow". Sebabnya ikan ini berwarna warni, belang-belang dan cantik.
Ikan guppy ini, jantannya yang cantik, menarik dan buat orang tertarik. Betinanya pula biasa-biasa saja,warna kusam dan tak berapa menarik. Kalau ditoko-pun, harga ikan jantan mahal sedikit berbanding ikan betina. Harga pasaran pun biasanya yang jantan seekor RM1 ke RM2 dan yang betina RM0.50 ke RM1.50.
Perkara yang menarik tentang ikan guppy ini ialah ikan ini tidak mengeluarkan telur, tetapi mengeluarkan anak ikan yang secara pengalaman saya ialah sebanyak 35 ekor. Jika lambat keluarkan anak ikan ini atau tidak dipindahkan, maka induk ikan akan memakan anak2 nya.
http://1.bp.blogspot.com |
Ikan guppy ini tidak mudah dan tidak susah untuk dibiakkan, cuma perlu jaga PH air dan suhu airnya. PH yang sesuai untuk ikan guppy ini ialah diantara PH 6.5 hingga PH 7.0. Penyakit juga mudah menjangkiti ikan ini apabila suhu air tidak sesuai dan air ikan tercemar oleh bakteria jahat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar